Sydney Sweeney ejen 007 wanita pertama?

DISEBUT-SEBUT sebagai gadis Bond, pelakon Sydney Sweeney dikatakan lebih daripada layak untuk memegang watak utama filem James Bond, sekali gus menjadi wanita pertama Ejen 007.

Perkara tersebut dikongsikan pengarah terkenal, Paul Feig yang secara terbuka memberikan sokongan padu terhadap aktres berusia 26 itu dengan menyifatkannya sebagai pelakon bijak.

“Saya lebih mahu Sydney jadi Bond seterusnya. Memang ramai gadis Bond hebat, tetapi beri dia peluang untuk menjadi perisik utama. Dia luar biasa,” katanya.

Sutradara yang lebih tiga dekad dalam industri perfileman Hollywood itu baru bekerjasama dengan Sweeney menerusi filem The Housemaid.

Kenyataan tersebut muncul ketika pencarian pengganti Daniel Craig (No Time to Die) terbitan 2021 diperkatakan ramai.

Beberapa nama ‘dipetik’ untuk mengambil posisi Ejen 007 itu termasuk Aaron Taylor-Johnson, Callum Turner, Jacob Elordi dan Jack O’Connell.

Pada masa sama, idea memperkenalkan Bond versi wanita terus menjadi perdebatan dalam kalangan peminat dan industri. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok