‘Serangan jantung hal terbaik dalam hidup’

PERNAH terkena serangan jantung membuatkan pelakon Antonio Banderas melakukan perubahan drastik dalam gaya hidupnya.

Aktor berusia 65 tahun itu mengakui penyakit serius yang menyerang pada 2017 membuka matanya untuk mengubah pola harian.

Demi kesihatan, pelakon filem Assassins itu bukan hanya berhenti merokok malah menjual jet peribadi serta meninggalkan kehidupan glamor di Amerika Syarikat.

Bekas suami kepada aktres Mellanie Grifith itu memilih untuk kembali ke kampung halamannya di Malaga, Sepanyol dan membuka panggung teater.

Katanya, menjalani kehidupan sederhana bersama kekasihnya, Nicole Kimpel dan membuka beberapa restoran membuatkan jiwanya lebih tenang.

Baginya, serangan jantung lebih sedekad lalu merupakan antara hal terbaik yang pernah terjadi dalam hidupnya kerana membuatkannya sedar tentang nilai ketenangan.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok