‘Janji dengan ustaz…’ – A. Aida kembali bertudung

‘BERTUDUNG bukan sebab orang lain, tetapi sebab hati.”

Itu perkongsian terbaru penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida yang memuat naik foto berhijab di laman sosial.

Perkongsian tersebut meraih maklum balas sahabat baiknya juga Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd. Kashim.

Daripada komen, dipercayai hasrat menutup aurat sepenuhnya sudah terdetik sejak dimasukkan ke hospital pada September tahun lalu.

Janji dengan ustaz asyik bermain di fikiran selepas kembali sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Terima kasih ustaz, moga Allah pelihara kita semua. Alhamdulillah syukur Allah,” ujarnya.

Transisi pemilik syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd itu menggembirakan rakan seperjuangan lain termasuk Rozita Che Wan dan Lisdawati.

Malah, ramai netizen turut mendoakan kesejahteraannya selain berharap agar dia terus istiqamah.

Cantiknya sayang ku,” tulis pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta.

A. Aida atau Zaidah Awang, 56, dimasukkan ke ICU sebuah pusat perubatan selepas rebah usai menjalani fisioterapi sebelum ditidurkan.

Selepas tiga minggu iaitu pada pertengahan Oktober 2025 dia dibenarkan pulang dan menjalani fasa pemulihan di rumah.

Terdahulu, ibu kepada tiga cahaya mata itu pernah bertudung sekitar 2018 tetapi kembali melepaskan rambut dua tahun kemudian. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok