‘Wanita ke masjid tak pakai stoking, takkan tak tahu kaki aurat?’

PELAKON Isa Khan menegur segelintir wanita Islam yang hadir ke masjid sepanjang Ramadan tanpa menutup aurat dengan sempurna, khususnya tidak memakai sarung kaki ketika menunaikan solat tarawih.

Ujar Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 31, kaki wanita juga merupakan aurat dan perlu ditutup ketika berada di tempat awam termasuk rumah ibadat.

“Ramai wanita Islam di Malaysia datang ke masjid pada bulan Ramadan untuk berbuka dan solat tarawih tetapi tidak memakai sarung kaki.

Kaki wanita itu aurat, takkan tak tahu? Sebab itu agama menggalakkan wanita solat di rumah jika tidak mampu menjaga aurat dengan sempurna.

“Daripada nak buat pahala di masjid, akhirnya jadi dosa sia-sia,” katanya dalam Threads.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk sokongan dan kritikan terhadap pendiriannya.

“Betul juga teguran itu, kadang-kadang kita terlepas pandang perkara kecil seperti sarung kaki.

Tegur boleh, tapi biarlah dengan cara lebih lembut supaya orang tak terasa.

“Ramadan ini masa untuk semua perbaiki diri, bukan saling menghukum,” tulis beberapa pengguna media sosial.

Sebelum ini, suami kepada pelakon Risteena Munim itu sering menjadi perhatian ramai kerana lantang menegur isu aurat wanita secara terbuka menerusi media sosial, sekali gus mencetuskan perdebatan tentang batas teguran dan sensitiviti masyarakat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok