PELAKON Rozita Che Wan masih mengekalkan rutin setiap tahun dengan menunaikan solat tarawih di rumah bersama keluarga sepanjang bulan Ramadan.
Menurut Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta, dia tidak melakukan sebarang persiapan berbeza pada Ramadan kali ini dan hanya mengikut rutin kebiasaan seperti tahun-tahun terdahulu.
“Semuanya biasa saja. Selalunya kalau persiapan raya memang saya sudah buat awal dan tiada aktiviti seni yang padat, cuma ada tiga hari penggambaran sahaja.
“Persiapan puasa tiada apa sangat, masak untuk berbuka dan sahur dan tarawih satu famili.
“Tapi saya tak tarawih di masjid pun, hanya lakukan di rumah saja,” katanya kepada HibGlam pada kempen Jwanjih Kenyang RR2026 TV3 di sini, baru-baru ini.
Sempat ditanya mengenai jumlah persalinan keluarganya untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, dia hanya meminta orang ramia menanti perkongsian dalam media sosial.
“Baju Ramadan tak ada apa pun, hanya pakai Kaftan Che Ta saja.
“Baju raya sudah ‘ready’, jangan tanya berapa pasang, tengok saja dalam Instagram saya nanti,” ujarnya.
Sebelum ini, Che Ta sering menjadi bahan bualan netizen setiap kali menjelang raya apabila tampil memakai persalinan sedondon bersama keluarga tercinta termasuk suami dan anak perempuannya, Zain Saidin serta Aaisyah Dhia Rana. – HIBGLAM
