BIARPUN sudah bertahun-tahun mengundurkan situ daripada kumpulan Raihan, nama Nazrey Johani tetap kuat melekat dalam ingatan peminat.
Cuma baru-baru ini tercetus sesuatu yang kurang menyenangkan apabila ada individu menegur tiga anggota nasyid kontemporari itu berkenaan Nazrey.
Dakwa individu terbabit, nyanyian harmoni mereka bakal menjadi lebih sedap sekiranya Nazrey masih ada dalam kumpulan itu.
Tidak melatah, sebaliknya ketiga-tiga anggota yang tinggal iaitu Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, dan Amran Ibrahim membalas komen dengan berhemah tetapi sarat unsur penegasan.
Kata mereka, individu itu tidak patut meninggalkan komen sebegitu kerana sepanjang ketiadaan Nazrey, mereka berjuang pertahankan Raihan agar tidak terkubur.
Alahai, kita yang baca pun berasa syahdu juga. Apabila ahli sedia ada bersuara tu bermakna kenalah lebih berhati-hati kalau bersuara.
DIVA: Peminat ada hak luah pendapat, cuma jangan melampau meninggalkan komen. Kita tak tahu apa dalam kasut orang lain.
