Zizan terjebak trend ‘awek’ berpurdah

SELAIN cerita gosip artis, media sosial minggu ini dihangatkan foto tular Zizan Razak bersama seorang wanita berpurdah.

Perkongsian tersebut membuatkan ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah, masing-masing berharap hubungan Zizan dengan wanita itu kekal bahagia.

Sehati dan sedondon. Agak-agaknya nama apa si dia ini?

“Apa pun terima kasih Jaa Suzuran,” ujarnya.

Namun, selepas diselidik netizen, imej wanita tersebut adalah hasil suntingan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Habislah selepas ini Threads dipenuhi dengan artis single yang guna awek AI.

“Tak mengapa kalau sekadar AI, semoga jadi realiti satu hari nanti,” ujarnya.

Difahamkan, trend kekasih AI berpurdah tersebut dilakukan terlebih dahulu oleh Jaa Suzuran sebelum diikuti Zizan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok