Belum terima bayaran, Puteri Balqis ‘carutkan’ jenama terkenal

DIVA jatuh kasihan dengan nasib Puteri Balqis yang masih belum menerima bayaran membabitkan tugasan dengan sebuah jenama terkenal.

Difahamkan pihak syarikat berjanji melunaskan pembayaran sebelum tahun baharu tetapi dakwanya dah nak habis Januari, janji tinggal janji.

Katanya lagi, mengikut perjanjian bayaran sepatutnya diserahkan sebelum penggambaran, namun apakan daya hal tersebut berlanjutan sampai sekarang.

Disebabkan terlalu marah, mulut Puteri Balqis mulalah ‘mencarut’ pihak berkenaan menerusi perkongsian dalam Instagramnya yang turut meraih maklum balas netizen.

Dia turut memuat naik tangkap layar perbualan antara pengurusnya dengan wakil jenama terbabit. Niat tidak menghalalkan cara tapi kalau kita pun tengah marah mungkin macam-macam nama haiwan boleh keluar.

DIVA: Tak senonoh betullah, rawat bahagian intim nak kecoh.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok