Konsert Siti bosan? Izara ‘tembak’ netizen

KALAU bukan dia ‘bitter’, dia selar orang yang ‘bitter’. Begitulah perangai pelakon cantik Izara Aisyah yang dikenali ramai.

Baru-baru ini, Izara sekali lagi mencuri perhatian apabila menempelak netizen yang sengaja mencetuskan polemik dalam laman sosial mengenai konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Secara sinis, aktres berusia 33 tahun itu menyatakan dalam situasi yang kononnya disebut ‘boring concert’, Stadium Nasional Bukit Jalil tetap dipenuhi 67,000 penonton.

Biarpun tidak menyebut nama mana-mana pihak, kata-kata tersebut diluahkan sebagai peringatan agar jangan mudah menjatuhkan orang lain. Kenyataan Izara turut meraih maklum balas penyokongnya yang rata-rata puas hati dapat tengok konsert penghibur pujaan mereka.

Dalam soal ini, semua orang berhak menyuarakan pendapat. Mana yang bosan, bosanlah. Mana yang puas hari, bersoraklah. Apa ada hal.

DIVA: Nampaknya seorang artis ni tak serik-serik buat hal lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok