Anggun berbusana pengantin, Leona dah jumpa jodoh?

PEMPENGARUH media sosial Kasih Iris Leona mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto dalam media sosial memaparkan dia anggun berbusana pengantin serba putih hari ini.

Dalam foto tersebut, Leona memakai gaun labuh dan memegang bunga persis raja sehari.

Kelihatan juga seorang lelaki dipercayai pengantin lelaki berdiri di hadapannya yang lengkap memakai sut rona coklat.

Perkongsian tersebut sekali gus mengundang tanda tanya ramai yang rata-ratanya terkejut dan dihujani dengan ucapan tahniah.

“Eh betul ke Leona kahwin atau sekadar hasil teknologi kecerdasan buatan (AI)?

“Cantiknya Leona, tahniah!

“Nampak macam ada pengantin lelaki, tahniah Leona,” komen netizen kepada anak kepada pelakon Azhar Sulaiman berkenaan.

Dalam pada itu, terdapat juga yang mendakwa momen tersebut merupakan salah satu babak dalam video muzik seorang penyanyi lelaki yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok