DEMAM konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza nampaknya masih belum reda.
Sehingga kini masih banyak pujian membanjiri media sosial mengenai konsert tersebut termasuk persembahan duet Siti bersama Noh Salleh.
Pada malam tersebut, Siti dan Noh mendendangkan dua lagu iaitu Kau Mawarku dan Bagaikan Sakti yang merupakan nyanyian asal Datuk M.Nasir bersama Siti.
Paling meraih banyak pujian ialah kehebatan Noh menyanyikan Bagaikan Sakti dengan cara tersendiri sehingga berjaya memukau lebih 65,000 penonton.
Disebabkan kecemerlangannya pada malam tersebut, ramai melahirkan hasrat mahu Noh merakam lagu Bagaikan Sakti bersama Siti dengan versinya sendiri.
Sedap sangat Noh nyanyi, memang dia layak jadi penyanyi jemputan pada malam tersebut.
“Tak sangka dapat dengar Bagaikan Sakti versi Noh Salleh. Tolonglah rakam semula,” puji peminat.
Selain Noh konsert yang meraikan perjalanan seni 30 tahun Biduanita Negara itu turut dimeriahkan Cakra Khan, Hafiz Suib, Umairah dan Auddra. -HIBGLAM
caption
Antara yang masih berbekas di hati peminat adalah duet antara Siti dan Noh Salleh pada konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza.
