Cristiano Ronaldo bintangi Fast and Furious?

SEJAK dua tiga hari ini kecoh dalam media sosial  apabila bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo dikatakan bakal membintangi filem Fast and Furious.

Lebih menguatkan spekulasi itu apabila pelakon dan penerbit francais filem tersebut, Vin Diesel memuat naik foto bersama pemain kelab Al-Nassr itu.

“Semua bertanya jika dia (Cristiano) akan muncul dalam mitologi filem Fast. Perkara itu adalah benar. Kami tulis watak untuk dia,” tulisnya.

Selain Vin, seorang lagi pelakon Fast and Furious iaitu Tyrese turut berkongsi foto bersama Cristiano.

Turut kelihatan dalam gambar yang meraih banyak tanda suka serta komen peminat ialah Dwane Johnson (The Rock) dan Jason Statham.

“Selamat datang ke dalam keluarga kami Cristiano,” tulisnya.

Beberapa rangkaian gambar di sebalik tabir filem terbaru itu juga dikatakan sudah tersebar dalam media sosial memaparkan babak yang melibatkan Cristiano.

Namun sehingga kini, belum ada kenyataan atau pengumuman rasmi daripada Cristiano sendiri mengenai pembabitannya dalam filem tersebut.

Pun begitu, peminat Cristiano dan filem Fast and Furious sudah mulai teruja dan tidak sabar untuk menantikan hasil filem ke-11 itu nanti. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok