BUKAN lagi rahsia, penyanyi Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kini mengesahkan percintaan mereka dengan berkongsi gambar percutian ke Jepun.
Walaupun sudah seminggu berlalu, tindakan duda popular terbabit menemani kekasih hati mengadakan konsert di negara matahari terbit itu membuatkan peminat tumpang gembira.
Ramai memuji Trudeau sebagai lelaki romantis dan menyifatkan hubungan pasangan berkenaan bakal ke fasa lebih serius melihatkan kesungguhannya.
Ini kerana Trudeau sebelum itu secara terbuka berkongsi semula foto mereka dengan bekas Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan isterinya, Yuko di platform X.
Bahkan pendedahan dilakukan Perry yang berpisah dengan aktor Orlando Bloom pada awal tahun membuktikan percintaan mereka bukan sekadar pengubat kesunyian.
Menurut sumber, walaupun sentiasa memenuhi jadual kerja, Trudeau sentiasa berusaha melaungkan masa dengan kekasihnya termasuk terbang ke Jepun. – HIBGLAM
