LAMA berharap, penyanyi dan pelakon Bella Astillah menitiskan air mata apabila akhirnya dapat memiliki mikrofon idaman.
Momen tersebut dikongsikan pembantu peribadinya, Niel Rafeq yang mendedahkan ibu tunggal dua anak itu sudah lama mengidam untuk memiliki mikrofon sendiri selepas pernah meminjam peralatan itu daripada seorang rakan artis ketika bertanding dalam program Famili Duo.
Lama dia menantikan saat ini, dia ada mic (mikrofon) sendiri. Ketika bertanding dalam Famili Duo, dia pinjam mikrofon seorang rakan artis.
“Dia cakap nak berlatih menyanyi supaya boleh dapat mikrofon sendiri suatu hari nanti.
“Alhamdulillah, saya bangga dengan awak Bella. Ini hadiah untuk dirinya sendiri,” tulis Niel dalam Insta Story yang kemudian dimuat naik Bella di laman sosialnya.
Menerusi video pendek tersebut pemilik nama lengkap Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, itu memegang mikrofon sambil menahan sebak.
Daripada komen, ada netizen menganggarkan peralatan berkenaan boleh mencecah harga RM30,000.
“Mahal awak, sekitar RM30,000 dan ke atas, bergantung pada kualiti,” tulis seorang netizen di hantaran yang diulang siar pengguna lain. – HIBGLAM
