LEBIH 10 tahun membina nama di Hollywood, akhirnya pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra kembali mewarnai industri perfileman di tanah air sendiri.
Kepulangannya ke India kali ini bagaimanapun bukan untuk membintangi filem Bollywood, sebaliknya dia bakal membintangi filem dari industri perfileman selatan India, Tollywood.
Priyanka bakal membintangi filem epik Varanasi disamping pelakon terkenal Mahesh Babu arahan sutradara tersohor S Rajamouli yang sebelum ini menghasilkan filem blockbuster seperti Bahubaali dan RRR.
Kali terakhir wajah Priyanka muncul dalam layar lebar di India adalah menerusi filem The Sky Is Pink yang ditayangkan pada 2019.
Dikhabarkan isteri kepada Nick Jonas itu meminta bayaran sebanyak RM15 juta untuk membintangi filem tersebut menjadikannya aktres termahal Bollywood. Filem Varanasi yang bertemakan sains fiksyen dijangka masuk pawagam pada 2027. – HIBGLAM
