7
VOKALIS Maroon 5, Adam Levine kembali menyorot perhatian selepas menambah koleksi tatu pada tubuhnya.
Biar tatu bukan sesuatu yang pelik, namun penghibur berusia 46 tahun itu pernah berjanji mahu berhenti berbuat demikian selepas tubuhnya sudah dipenuhi ‘ukiran’.
Namun, hanya beberapa bulan lalu janji diluahkan, dia kembali menayang tatu baharu berupa lengkungan bunga mawar hitam pada bahagian leher.
Menerusi Instagram, Levine dengan bangganya memuatkan naik perkongsian bersama kapsyen ‘Roses for the reaper.’
Kata juri The Voice itu, karya terbaru berkenaan adalah hasil sentuhan artis tatu terkenal di Los Angeles, Nathan Kostechko.
Kostechko juga sebelum ini pernah membuat cacahan kupu-kupu besar di tubuh penyanyi sekitar tahun 2021. – HIBGLAM
