‘Tali kasut dah ikat, bila nak ikat jadi isteri?’

GOSIP cinta Bella Astillah dengan Syed Saddiq bukan lagi rahsia, sehingga kini satu Malaysia masih bercakap tentang mereka.

Diva pun naik bosan juga kadang-kadang, iyalah selagi tiada sebarang pengesahan daripada mereka, selagi gosip terus bertebaran. Kalau padi katakan padi.

Terbaharu, tular lagi video Syed Saddiq mengikat tali kasut Bella ketika mereka lakukan aktiviti sukan. Paling mencuri tumpuan apabila aksi ikat tali kasut itu dilakukan di hadapan ayah Bella.

Bila sudah ada babak ikat tali kasut, memang tak senang duduklah peminat mereka. Terus mencanak bacaan gula dalam badan.

Mereka juga terus berdoa agar Bella dan Syed Saddiq segera menamatkan segala gosip cinta dengan mendirikan rumah tangga.

“Dapat vitamin! Senyum lagi rakyat Malaysia.

“Ikatlah tali kasut banyak kali pun, nampak ‘sweet’ dan tak meluat.

Tali kasut sudah banyak kali diikat, bila nak ikat Bella jadi isteri pula YB?” usik netizen.

Diva harap doa rakyat Malaysia yang nak melihat mereka segera disatukan jadi kenyataan segera ya, amin.

DIVA: Kenapalah agaknya Uqasha nak cerai.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok