Prihatin nasib anjing terbiar, J-hope hulur derma

BIARPUN sibuk dengan jadual latihan ketenteraan, anggota kumpulan BTS, J-hope tetap melakukan kerja amal tanpa menghebahkan kebaikan yang dilakukannya.

Seorang penulis blog Korea Selatan mendedahkan, penyanyi rap itu menghulurkan sumbangan kepada sebuah persatuan yang menjaga kebajikan anjing terbiar dikenali sebagai Imgok Abandoned Dog Shelter.

Keluarga J-hope juga dikatakaan sering membantu meningkatkan kualiti kemudahan, perubatan dan membekalkan makanan berkhasiat untuk haiwan di pusat berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok