‘Doakan dia istiqamah’ – Saerah sahkan Umairah sudah berhijab

IBU kepada penyanyi remaja, Umairah iaitu Siti Sairah mengesahkan anaknya kini sudah berhijab.

Menurut Sairah atau nama lengkapnya Siti Nursairah Tarudin, 42, anak gadisnya yang berusia 14 itu mula berhijab sepenuhnya sejak beberapa hari lalu.

Sejak dua tiga hari ni, bila nak keluar rumah dia nak pakai tudung. Jadi saya tanya dia adakah dia sudah bersedia nak bertudung? Dia kata ya dia sudah bersedia kerana dia rasa sangat tenang.

“Tetapi dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan untuk mengesahkan dia kini sudah berhijab.

‘Sebagai seorang ibu sudah tentu saya terharu dan gembira bila anak saya membuat keputusan untuk berhijab,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Sairah lagi, dia juga berharap anaknya itu dapat kekal istiqamah memandangkan usia anaknya yang masih muda.

Saya harap kami sama-sama istiqamah. Doakan agar Umairah kekal bertudung. Manalah tahu dalam banyak-banyak doa ada yang Allah angkat.

“Sebagai ibu saya mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak saya,” ujarnya.

Terdahulu penampilan Umairah atau nama lengkapnya Ummi Umairah Saiful Anuar yang berhijab menjadi sorotan ramai.

Dia dilihat kerap berkongsi foto dan videonya yang sudah berhijab termasu ketika menghadiri temu bual bersama radio Era Sarawak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok