Jaejoong enggan bercinta

ANGGOTA kumpulan JYJ, Jaejoong enggan bercerita soal peribadi terutama berkaitan cinta.

Perkara tersebut diluahkan dalam sebuah video YouTube berjudul Uhmg bersama ahli Girls’ Generation iaitu Soo-young.

“Sejujurnya sukar untuk bercinta secara terbuka.

“Saya pelakon dan artis idola, jadi rasanya tidak boleh melakukannya (bercinta).

“Hal ini kerana sebagai idola kami harus menyembunyikan kisah peribadi,” katanya.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada keengganannya menjalin hubungan cinta disebabkan kontrak syarikat pengurusan atau atas kemahuan sendiri.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok