Siti Saleha akhirnya dedah bakal timang anak lelaki

AKTRES Siti Saleha mengumumkan khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd. Baharum, 35, itu berkongsi berita gembira tersebut pada majlis Mitoni atau mandi bunga mengikut adat masyarakat Jawa baru-baru ini.

“Alhamdulillah, majlis Mitoni dan pendedahan jantina bayi berjalan lancar.

Kami akan menimang anak lelaki,” katanya.

Menerusi majlis sama, suaminya, Joshua Fitton dilihat turut menyiram isterinya dengan air mandian bunga .

Pengumuman jantina pula dilakukan apabila beberapa individu melepaskan kepulan asap biru yang sinonim dengan bayi lelaki.

Terdahulu, dia mengumumkan sedang berbadan dua dan memasuki trimester ketiga pada Julai lalu.

Difahamkan, kini usia kandungannya sudah memasuki enam bulan.

Siti Saleha dan Joshua mendirikan rumah tangga pada 15 Februari lalu dalam majlis tertutup di Janda Baik, Bentong, Pahang. –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok