SEMPENA ulang tahun kelahiran ke-63, pelakon senior Fauziah Ahmad Daud meminta orang ramai tidak mendoakan berkaitan jodoh buat dirinya.
Fauziah atau mesra disapa Ogy, 63, berkata, dia sebaliknya mahu peminatnya mendoakan perkara yang baik dirinya sahaja.
“Terima kasih Allah SWT, 63 tahun Fauziah Ahmad Daud hari ini.
“Jadi, selamat hari jadi untuk saya! Doakan yang baik buat saya dunia akhirat ya.
“Tak perlu doakan saya dapat jodoh, malas!” katanya dalam Instagram hari ini.
Dalam masa sama, Ogy juga melabelkan dirinya sebagai klasik berbanding semakin berusia.
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sementa alam.
“Saya bukan semakin tua sebaliknya saya klasik,” ujarnya.
Dalam ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran selain doa buat bintang filem Azura berkenaan. – HIBGLAM