IBU tiri kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder menegaskan cucunya, Thalita memilih menjadi penyanyi bukan kerana meniru ibunya.
Makder yang merupakan isteri kepada penyanyi veteran Raisuddin Hamzah berkata, bakat nyanyian yang dimiliki Thalita hari ini adalah pemberian daripada Tuhan.
Bakat yang ada pada Thalita bukan untuk meniru ibu tetapi satu anugerah yang Allah SWT beri.
“Thalita menyanyi bukan untuk kejar nama, tapi untuk hiburkan hati semua orang, seperti mana ibu selalu buat dulu,” katanya dalam TikTok.
Tambah Makder, sebagai anak, Thalita tidak pernah berhenti mendoakan buat arwah ibunya termasuk menerusi nyanyian.
“Rindu itu tak pernah hilang.
Setiap lagu yang Thalita nyanyi, ada doa yang dia titipkan untuk ibu. Semoga sampai pada ibu di sana,” jelasnya.
Sebelum ini, Thalita yang juga salah seorang peserta program Talk To My Manager (TTMM) sering menjadi mangsa kecaman netizen apabila ada yang mendakwa dia meniru gaya nyanyian Siti Sarah selain menjaja kisah sedih untuk meraih simpati ramai.
Pada 12 Oktober ini, dia yang diwakili pengurus iaitu bapanya, Shuib bakal bersaing merebut gelaran juara dengan lima lagi penyanyi iaitu (Liza Hanim), Ammar (Ameng Spring), Amad (Siti Saerah), Hadie (Ina Naim) dan Auddra (Sharifah Shahirah) bakal kembali berentap di pentas akhir TTMM. – HIBGLAM