Bella Astillah panggil ibu Syed Saddiq ‘mama’

BIARPUN tuan punya badan  sudah mengesahkan tiada persiapan perkahwinan seperti yang heboh diperkatakan, gelagat selebriti popular, Bella Astillah tetap jadi perhatian.

Terkini, si cantik asal Sabah itu hadir ke majlis yang turut disertai ibu teman sekerjanya Syed Saddiq iaitu  Sharifah Mahani Syed Abd. Aziz.

Menariknya mereka bukan hanya menari bersama, malah ada momen istimewa yang dapat ‘ditangkap’ netizen.

Ketika menyanyikan lagu Gelora Jiwa nyanyian Yuna, Bella didengar menyebut, ‘mama dah cantik dah, terima kasih mama’.

Panggilan manis itu sudah tentu membuatkan hati peminat berbunga-bunga, seterusnya memberi petanda memang hubungan Bella dengan ahli politik itu bukan biasa-biasa.

DIVA: Semoga tahun depan ada lagi ‘wedding of the year’ , calon-calonnya dah nampak.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok