‘Saya tidak sempurna, saya maafkan semua’

TIDAK henti-henti berdepan kecaman, penyanyi Linda Rafar akhirnya berlapang dada dengan memaafkan semua pihak yang pernah berkata buruk mengenai dirinya.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda binti Abdul Rafar,47, turut berterima kasih kepada individu yang sering menasihati dirinya, sekali gus membuktikan masih ramai yang menyayanginya.

Assalamualaikum semua. Di hari yg mulia ini, saya Linda Rafar dengan rasa rendah hati akan memaafkan sesiapa sahaja yang berkata-kata buruk terhadap diri saya.

“Yang memberi nasihat ikhlas saya ucapkan jutaan terima kasih kerana masih sayangkan saya,” katanya dalam Threads.

Anggota kumpulan Elite itu turut mengakui dirinya hanyalah manusia biasa yang tidak pernah sempurna di mata orang lain.

Sesungguhnya saya insan yang tidak pernah sempurna di mata anda.

“Segala yang terbaik dan sempurna hanya daripada sang pencipta, Allah SWT,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Linda menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial apabila ramai berpendapat penampilan dan persembahannya pada konsert Elite baru-baru ini tidak bersesuaian dengan imej sebagai wanita bertudung.

Netizen bahkan mendakwa Linda seharusnya peka dengan perkara tersebut apatah lagi dia antara selebriti yang rajin menghadiri usrah dan kelas agama.

Tidak berdiam diri, isteri kepada pelakon Syed Aiman itu enggan memaafkan mana-mana individu yang melemparkan kata-kata negatif sehingga mengaibkan keluarganya.

Dia juga aktif membalas komen netizen dengan cara sinis sekali gus menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok