PELIK juga apabila Diva dengar cerita yang penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima cepat-cepat tinggalkan sidang media konsert artis dangdut Indonesia, Inul Daratista yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penyanyi berusia 29 tahun itu dipilih sebagai penghibur undangan bersama artis senior, Amelina bagi konsert yang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang pada Disember depan.
Apabila dengar Baby Shima dan Amelina pun hadir, ramai yang teruja kerana sebelum ini pun agak sukar berjumpa si cantik yang turut popular di negara seberang itu.
Cuma ada dalam kalangan rakan Diva tertanya-tanya kenapa Baby Shima kelam-kabut nak segera beredar, malah sebelum itu soalan teman media dan blogger yang sempat ‘tangkap’ dirinya juga tidak dijawab.
Kenapa pula agaknya. Adakah Baby Shima takut ditanya soalan kahwin seperti mana yang hangat diperkatakan mutakhir ini?
Tak mengapa, nanti kalau terjumpa di mana-mana Diva tolong tanyakan. Untuk Baby Shima, janganlah begitu. Ada sebab penganjur ajak awak datang majlis, setidak-tidaknya bagilah ruang untuk temu bual.
DIVA: Seriau tengok situasi yang berlaku di Kampung Baharu KL. Berpada-pada tau!