ANGGOTA kumpulan Girls Generation, Hyoyeon mengakui ada kecenderungan memakai pakaian yang sama selama seminggu, terutama ketika berada di rumah dan tidak mempunyai sebarang aktiviti seni.
Kata Hyoyeon, dia enggan terlalu bersiap ketika berada di rumah kerana ingin memanfaatkan masa tersebut untuk berehat sebelum kembali sibuk dengan tuntutan kerja dan jadual yang padat.
“Sejujurnya, semasa jadual kerja saya kosong, saya sama seperti orang lain ketika berada di rumah, menjadi diri sendiri dan mahukan sesuatu yang selesa, saya hanya memakai pakaian yang sama seminggu berturut-turut.
“Selain tidur, saya hanya berbaring dan melakukan apa yang saya suka, duduk di rumah tidak menuntut kita untuk sentiasa kelihatan cantik, paling penting adalah keselesaan dan kualiti rehat itu,” ujarnya panjang lebar. – HIBGLAM