‘Mak dah balik, rindu lebih dua tahun tak jumpa’

“Rindu. Alhamdulillah sekarang dia dah kembali dalam dakapan.”

Demikian perkongsian penyanyi Farahdhiya ketika menyambut ketibaan ibunya, Aishah Jeannette Amin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.

Insan kesayangan Farahdhiya atau nama lengkapnya Nur Farahdhiya Mohd. Amin, 41, itu terbang jauh beribu batu dari Portsmouth, England selepas lebih dua tahun tidak bertemu.

Wanita berusia 73 tahun itu nyata tidak mampu menahan sebak sebaik dipeluk anaknya dengan erat sehingga menitiskan air mata.

Mak dah balik. Semalam saya menunggu dengan penuh debar hampir dua jam untuk dia keluar, berdebar-debar rasanya sebab dah lebih dua tahun tak jumpa,” katanya dalam hantaran video dalam Instagram.

Sebelum ini penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu pernah mendedahkan diselubungi perasaan takut untuk menaiki pesawat yang menjadi antara punca dia tidak dapat menemui ibunya di England.

Mereka hanya dapat berhimpun satu keluarga apabila ibunya datang ke Malaysia pada Disember 2022.

Farahdhiya juga merancang pulang ke kampung ibunya pada akhir tahun lalu, namun terpaksa membatalkan hasratnya atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Penyanyi berdarah campuran Melayu-Inggeris itu kehilangan bapanya, Mohd. Amin Zubir yang meninggal dunia pada 9 Januari 2020.

Namun dia mempunyai seorang abang yang turut tinggal di Kuala Lumpur. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok