‘Kalau betul itu dia, saya tak campur, dah move on’

SUAMI didakwa sebagai individu yang berhibur di kelab malam ketika rumah tangga bergelora, pelakon Linda Hashim lebih selesa tidak memberikan maklum balas berhubung kontroversi itu.

Sebaliknya, Linda atau nama lengkapnya, Norhazlinda Hashim, 40, yang mengakui mengetahui gosip tersebut menerusi artikel kiriman kenalan meminta agar perkara tersebut ditanyakan terus kepada Beego.

Saya perasan mengenai posting (artikel), selepas ada kenalan yang mesej. Cuma hari ini saya sibuk, memandu empat, lima jam. Tak sempat baca ruangan komen.

“Tapi kenapa tanya saya (soalan ini)? Kalau ada yang menyebut nama dia, tanyalah dia kan? Jangan tanya saya,” katanya ketika ditemui HibGlam selepas tayangan filem ParaXnormal, malam tadi.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, lebih elok andai dirinya tidak masuk campur urusan kehidupan Beego, namun tetap mendoakan yang terbaik buat lelaki terbabit.

Berkenaan berita yang tular itu saya tak nak campur kalau kehidupan dia memang macam itu, dia punya hal lah.

“Saya pun dah ‘move on’.

“Dan kalau betul itu dia, saya doakan sajalah yang baik-baik sebab dia pun ada anak-anak. Kes mahkamah pun belum selesai, jadi selesaikan ini dulu,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan menerima dua video memaparkan seorang artis lelaki menari di sebuah pusat hiburan bersama sekumpulan rakan termasuk wanita.

Menerusi artikel itu, dipercayai selebriti berkenaan sedang berdepan masalah rumah tangga yang kini dalam proses di mahkamah.

Bahkan, dalam ruangan komen membabitkan gosip tersebut di media sosial antara nama dipetik netizen adalah Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok