Break versi Ammar ke laut tapi ‘sampai’

SELEPAS Datuk Aliff Syukri mendunia dalam dunia nyanyian, kini giliran anak sulungnya, Ammar Ahyan pula.

Siapa sangka Ammar yang berusia 18 tahun itu merupakan peminat Misha Omar.

Perkara tersebut diakui Ammar dan baru-baru ini dia turut menyanyikan lagu Break dalam sebuah majlis di hadapan para tetamu.

Meski tidak mempunyai vokal hebat, keyakinan Ammar mendendangkan lagu tersebut meraih pujian ramai menerusi sebuah video TikTok milik Kelly Azman.

“Tak apalah Ammar menyanyi ‘ke laut’ sekalipun, keyakinan itu penting.

“Walaupun suara tak boleh ‘pergi’, tapi rasa dia ‘sampai’ ya,” usik netizen.

Nyanyian Ammar itu mendapat perhatian Misha dan berterima kasih kerana meminati lagu-lagunya terutama Break yang baru dilancarkan beberapa bulan lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok