PELAKON Fasha Sandha menyifatkan usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat sebagai individu hebat apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza menyebut namanya di pentas konsert The Next Wave Live In Singapore baru-baru ini.
Fasha, 41, turut meluahkan keterujaannya apabila berpeluang bertemu dengan Sajat yang turut menghadiri konsert tersebut.
“Alhamdulillah sempat jumpa supermodel Nur Sajat selepas konsert.
“Hebatnya Sajat sehingga Datuk Siti pun sebut nama dia yang terbang dari Australia di atas pentas.
“Mesti ramai yang rindukan celoteh manja dia,” katanya dalam satu hantaran Instagram.
Dalam perkongsian sama, Fasha juga meminta orang ramai tidak mudah menghakimi mana-mana individu kerana setiap manusia mempunyai kesilapan sendiri.
“Jom kita sama-sama doakan agar Sajat sukses walau dimana dia berada dan kerjayanya.
“Kita tidak layak menghukum sebab kita semua ada khilaf masing-masing.
“Doa yang baik-baik agar hal sama juga akan terjadi untuk kita,” ujarnya.
Difahamkan, Sajat terbang ke Singapura bagi menonton konsert Siti Nurhaliza yang diadakan di Stadium Tertutup Singapura. – HIBGLAM