Cemburu, Nicole Kidman, Keith Urban berantakan?

RUMAH tangga pasangan selebriti, Nicole Kidman dan Keith Urban yang sudah dilayari selama 19 tahun dikhabarkan sedang berdepan episod sukar.

Spekulasi keberantakan mereka diperkukuhkan dengan tindakan penyanyi dan komposer itu meninggalkan wawancara virtual ketika ditanya mengenai isterinya.

Dalam sesi berkenaan, Urban tiba-tiba memutuskan talian apabila wakil media bertanyakan soalan yang dianggap peribadi.

Apa yang anda rasakan saat melihat isteri anda yang cantik melakukan babak intim dengan bintang muda dan kacak seperti Zac Efron?”

Sebaik pertanyaan itu dikemukakan, Urban terus keluar daripada sesi berkenaan tanpa memberikan sebarang jawapan.

Difahamkan, perbalahan antara pasangan itu tercetus disebabkan adegan panas lakonan Kidman dalam filem baharunya.

Sumber terdekat mendakwa bekas juri American Idol yang berusia 57 tahun itu cemburu isterinya berada dalam dakapan lelaki muda biarpun sekadar untuk lakonan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok