‘Bukan sedarah tapi dia jaga, beri segalanya sejak 18 tahun lalu’

USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan isterinya, Datin Seri Shahida sebagai wanita yang sanggup berkorban apa sahaja sejak mendirikan rumah tangga dengannya 18 tahun lalu.

Menurut Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, Shahida bukan sahaja memainkan peranan sebagai isteri dengan sempurna, bahkan sentiasa berada di sisi bagi memenuhi kehendaknya selama ini.

“Saja ambil gambar untuk menjadi kenangan. Hampir 18 tahun bersama, satu-satunya manusia yang tidak sedarah denganku, menjaga dan memberi segala-galanya untukku, amat istimewa.

“Dia juga seorang ibu dan bekerja dengan saya bersama susah serta senang,” katanya dalam Instagram.

Tambah Aliff, dia sentiasa mendoakan agar segala urusan hidup isterinya dipermudahkan Tuhan.

Selalu berjuang untuk apa yang aku inginkan daripada hal sekecil pun, segala-galanya untukku.

“Semoga isteri saya panjang umur, murah rezeki, sihat dan bahagia selalu,” katanya lagi.

Dalam hantaran sama, Aliff turut memuat naik foto bersama Shahida sekali gus mengundang komen positif netizen yang rata-ratanya mendoakan rumah tangga mereka berkekalan.

“Masya-Allah, Datin memang istimewa wanita wanita luar biasa. Moga terus bahagia dengan aura cinta bersama anak-anak.

“Kami suka pasangan ini! Semoga bahagia sampai ke syurga Datuk dan Datin,” komen netizen.

Terdahulu, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok