Diganggu bekas kekasih, Azlan Komeng lapor polis

SELEPAS hubungan dengan isteri hampir pulih, pelakon Azlan Komeng kini berdepan pula dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang wanita.

Mesej lama tersebut dikatakan disebarkan bekas kekasihnya yang tidak puas hati apabila aktor terbabit memilih Nur Nilam Ortiz sebagai isteri sekitar empat tahun lalu.

Dakwanya, akibat dendam, kini wanita yang tidak didedahkan identiti itu kembali mengganggu rumah tangganya dengan menyebarkan perbualan WhatsApp lama mereka menerusi media sosial.

Enggan mental Nur Nilam yang baru disahkan hamil selain pernah keguguran akhir tahun lalu terjejas, Azlan nekad membuat laporan polis.

Difahamkan, aktor terbabit sudah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Seram juga kalau ada yang simpan dendam pada kita, makan tahun belum nampak berkesudahan.

DIVA: Tumpang gembira apabila Nur Nilam akui sudah berbadan dua.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok