PELAKON dan penyampai radio, Sharifah Aleya terbuka berkongsi mengenai penggayaan subang di bahagian hidungnya.
Menerusi sebuah program bual bicara, Aleya atau nama lengkapnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 43, berkata, tindakan menindik hidung tidak seharusnya diperbesarkan.
“Memang saya akui saya terima komen negatif daripada netizen kerana menindik hidung. Tetapi bertenang, sekadar subang hidung.
Saya menyukainya. Suami saya suka. Cuma ibu dan bapa saya bertanya tak sakit ke tindik di bahagian hidung. Tetapi mereka tidak marah. Saya suka, anda tak suka tak apa,” katanya.
Tambah pelakon filem Idola itu lagi, kalau diikutkan hatinya, dia mahu menindik di bahagian kening dan bibir. Namun enggan berbuat demikian selepas tahu akan kesan yang akan dihadapi.
“Waktu saya muda dulu saya pernah teringin nak tindik lidah. Tetapi bila diberi tahu tentang pantang larang selepas tindik saya tak jadi buat.
“Saya perlu makan makanan yang lembut selama dua minggu Dan tak boleh makan makanan pedas. Saya pula seorang yang suka makan pedas. Jadi saya lupakan hasrat untuk tindik lidah,” kongsinya.
Aleya juga terbuka seandainya ada pihak yang mahu dia membuka subang di bahagian hidungnya untuk tampil dalam mana-mana rancangan televisyen.
“Subang ini boleh dibuka dan dipakai pada bila-bila masa. Jika ada yang mahu saya sembunyikan, saya akan sembunyikan. Saya faham,” jelasnya. – HIBGLAM