JIKA anda peminat The Devil’s Plan musim pertama, mungkin musim kedua akan membuatkan otak anda lebih ‘gila’.
Mula bersiaran sejak 6 Mei lalu dalam Netflix, program realiti yang membariskan 14 peserta terdiri daripada gabungan selebriti dan individu genius itu berentap menyelesaikan pelbagai misi iaitu permainan yang menguji minda serta kebijaksanaan seseorang.
Demi mengejar hadiah wang tunai lumayan, pelbagai momen tikam belakang dan pembelotan berlaku dalam kalangan peserta.
Antara selebriti popular Korea yang menyertai program ini adalah penyanyi dan pengacara, Kyuhyun, pembaca berita, Kang Ji-yeon serta pemain Go terkenal, Lee Se-dol.
Rata-rata penonton menyifatkan permainan untuk musim kali ini lebih mencabar minda dan memerlukan pemikiran di luar kotak. – HIBGLAM