K-drama pilihan HibGlam yang berjaya mencuit hati dan tular dalam media sosial minggu ini ialah Phantom Lawyer.
Naskhah 16 episod tersebut mengisahkan seorang peguam, Shin I-rang lakonan hebat Yoo Yeon-seok membuka pejabat guaman sendiri di sebuah rumah lama milik seorang bomoh.
Rentetan itu, dia mula mendapat ‘kuasa’ apabila mampu melihat roh meskipun dirinya seorang penakut.
Tanpa kerelaannya, banyak roh-roh yang mahukan keadilan sebagai pelanggan dengan memintanya mendapatkan hak yang sepatutnya di muka pengadilan.
Paling lucu pastinya setiap kali I-rang dirasuki roh-roh tersebut yang mahu dia memahami situasi yang dialami bagi mencari keadilan sepatutnya.
Lakonan Yeon-seok dalam drama ini meraih pujian ramai kerana berjaya menyerlahkan sisi komedinya sebagai seorang pelakon.
Phantom Lawyer tersebut ini menduduki tangga teratas dalam senarai 10 drama paling popular Netflix sepanjang minggu ini.
