TERUK dihentam netizen, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menerima sokongan moral daripada ibunya susulan kontroversi dengan keluarga kakak iparnya, usahawan terkenal Rozita Ibrahim.
Rebecca, 39, berkongsi pesanan ibu yang menasihatinya agar tidak bersedih dan menyerahkan segala ujian kepada Allah SWT.
“Sementara menunggu untuk solat, mama pesan adik jangan sedih.
Biarkan dunia kecam kita, Allah ada. Jangan tengok berita-berita itu,” katanya.
Kekal tenang dan kuat, pelakon Jangan Tegur itu mengakui bersedia mendepani dugaan dan kecaman yang dilemparkan terhadapnya dalam media sosial.
Mamaku, tak apa. Insya-Allah anakmu kuat menempuhi dugaan fitnah dunia,” ujarnya.
Terdahulu, nama Rebecca menjadi sohor kini dalam platform media sosial selepas dia membidas kenyataan Shahida yang mendakwa dirinya sebagai seorang yang suka mencari publisiti kerana sering berkongsi perihal Bonda Rozita dalam media sosial.
Rebecca yang berang dengan tindakan Shahida kemudian menggelarnya sebagai ‘mak cik bodoh’ dan individu ‘bermulut jahat’.
Tidak terhenti di situ, Rebecca turut memuat naik beberapa tangkap layar komen netizen yang mendedahkan aib Shahida, namun kemudian bertindak memadam kesemua hantaran tersebut demi menghormati permintaan abangnya – HIBGLAM