PENYANYI dan pelakon, Noki berkongsi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kelantan dan Terengganu.
Menurut Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 31, keputusan itu dibuat memandangkan dia akan pulang ke kampung halamannya di Kota Kinabalu seminggu selepas hari raya.
Abang saya akan bersanding seminggu selepas raya. Jadi saya akan pulang ke Sabah waktu itu. Kalau saya pulang beraya, saya terpaksa tinggal di sana selama dua minggu.
“Jadi saya buat keputusan untuk beraya di Kelantan dan Terengganu tahun ini. Kebetulan kawan saya ramai yang berasal dari sana. Dulu pun saya pernah sambut hari raya Aidiladha di Terengganu,” katanya kepada HibGlam.
Tambah anggota kumpulan K-Clique Itu lagi, apa yang membuatkan dia semakin teruja untuk beraya di negeri Pantai Timur adalah kerana ingin berlumba kereta.
Di Terengganu misalnya ada trek lumba kereta di kawasan lapangan terbang lama. Saya pula memang sukakan sukan lumba kereta. Setiap tahun memang meriah.
“Saya teruja untuk beraya di Kelantan buat pertama kali tahun ini. Kebetulan bekas teman serumah saya berkahwin dengan orang Kelantan. Jadi dia ajak saya beraya di sana,” kongsinya.
Ditanya adakah dia memilih untuk beraya di Kelantan kerana ingin mencari jodoh di sana, Noki tidak menafikan dia sebenarnya tertarik dengan wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Saya suka wanita bertudung yang berwajah kacukan. Saya lihat ramai di Kelantan ada ciri-ciri ini. Kebanyakan wanita di sana berdarah kacukan Arab dan Pakistan. Itu memang ‘taste’ saya.
“Memang ‘target’ saya nak ke sana cuci-cuci mata manalah tahu ada yang berkenan. ‘
“Saya pun sudah bersedia untuk tamatkan zaman bujang. Saya tengok kawan-kawan saya seperti MK sudah punya anak yang comel. Saya pun ada keinginan itu,” katanya. – HIBGLAM