Peti ais penuh minuman manis, Wawa Zainal dikritik?

KETIKA ini, apa sahaja yang dimuat naik dalam media sosial pasti akan dipertikaikan dan Wawa Zainal juga tidak terlepas daripadanya.

Terbaharu, Wawa meraih kritikan netizen selepas memuat naik video yang memaparkan dia mengisi peti sejuknya dengan pelbagai minuman dan makanan manis.

Perkongsian tersebut mengundang rasa kurang senang netizen yang mendakwa dia menggalakkan gaya hidup dan pemakanan kurang sihat.

“Takut tengok, sebagai pempengaruh, saya rasa konten sebegini tidak perlu sebab anda seperti mendidik pengikut media sosial dengan gaya hidup tidak sihat. Ini pendapat saya.

“Sedarlah wahai ibu bapa, ini semua memudaratkan anak-anak. Tidak bagus untuk mereka,” komen netizen.

Terdapat juga netizen yang mengakui terhibur dengan perkongsian video tersebut.

Diva rasa semua orang pun sudah semakin cerdik. Kalau rasa konten tersebut tidak sihat, tak perlulah ikut dan sebaliknya.

Jadi, semuanya terpulang kepada diri sendiri ya!

Diva: Ramai harap Ridzokumura ‘rehat’ buat konten tentang anak, minta beri ruang pada Sky.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok