415
PENYANYI Jeon So-mi pernah menjadi mangsa buli ketika menuntut di sekolah rendah.
Meski dibuli, So-mi menyifatkan dirinya kini lebih kuat dan dan dia bersyukur isu tersebut semakin dipandang serius masyarakat.
“Saya adalah mangsa buli dan itu perkara biasa berlaku pada masa lalu.
Kini semasa saya membuat kemunculan semula, banyak portal menulis tentang buli.
“Saya bersyukur kerana anda bimbang tetapi saya okay sahaja. Saya kuat,” katanya ketika tampil sebagai tetamu undangan dalam rancangan realiti, Today’s Joo Woo-jae.