Instagram digodam alasan Bieber ‘unfollow’ isteri

KHABAR perceraian pasangan sensasi Justin Bieber dan Hailey Baldwin masih menjadi topik hangat dalam kalangan peminat global biarpun mereka kerap menafikan dakwaan tersebut.

Terbaharu, penyanyi lagu Baby itu tiba-tiba tidak mengikuti Instagram isterinya sekali gus membuatkan netizen menganggap rumah tangga mereka memang berantakan.

Begitupun, Bieber dengan pantas memuat naik status dalam Insta Story memaklumkan akaun Instagramnya telah digodam.

Bahkan dalam tempoh singkat dia dilihat kembali mengikuti laman sosial Hailey, sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya kesahihan alasan diberikan.

Enggan membiarkan mulut-mulut nakal terus menuduh perkahwinannya berantakan, Bieber kemudian berkongsi detik makan malam romantis bersama isterinya.

Bieber dan Hailey yang sudah memasuki tahun keenam dan mempunyai seorang anak itu dikatakan sudah lagi tidak bersama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok