TIGA tahun yang indah dalam kembara seni Dolla apabila lagu-lagu dendangan mereka diterima baik pendengar sehingga mampu menguasai pelbagai platform muzik.
Lancarlah apa sahaja lagu, semuanya menjadi. Itulah penangan aura Dolla yang dianggotai Tabby, Sabronzo, Syasya dan Angel.
Terus memperluaskan kuasa muzik, Dolla kini muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Damelo yang mengetengahkan elemen muzik Sepanyol.
Menurut Tabby, 23, Damelo merupakan cetusan idea Hard Light yang merupakan antara pemuzik popular tanah air.
“Demo awal Damelo yang kami terima karya daripada Hard Light dalam bahasa Sepanyol sepenuhnya.
Selepas perbincangan, kami menukar kepada bahasa Malaysia dan tambah sedikit elemen lain untuk muziknya agar bersesuaian dengan konsep koreografi.
“Pertama kali mendengar lagu ciptaan Hard Lights ini, memang sudah yakin Damelo akan menjadi single kami yang seterusnya,” katanya.
Tambah Tabby, lagu Damelo mengembalikan semula genre muzik pada awal kemunculan mereka sekitar tahun 2020.
Katanya, Damelo juga merupakan bukti kematangan mereka sepanjang bergelar anak seni.
“Jika diamati, kerancakan muzik Damelo sama seperti Dolla You Make Me Wanna tetapi dalam versi lebih matang.
Ini hadiah istimewa buat peminat yang bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga negara-negara di benua lain seperti Sepanyol dan Brazil.
“Kami juga tidak sangka muzik Dolla diterima baik di negara lain. Perkara itu membuatkan Dolla lebih bersemangat untuk terus berkarya dan menghiburkan ramai,” tuturnya.
Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.