Hanni tidak dibuli, tiada pengabaian

Kementerian Tenaga Kerja Korea Selatan mengesahkan bahawa tiada isu buli atau pengabaian yang berlaku terhadap anggota kumpulan NewJeans, Hanni seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut kementerian, insiden yang melibatkan idola berusia 20 tahun itu tidak boleh dikategorikan sebagai gangguan di tempat kerja kerana penyanyi berkenaan tidak memenuhi kriteria sebagai pekerja di bawah Akta Piawaian Buruh Korea Selatan.

Hanni tidak boleh dianggap sebagai pekerja kerana kedudukannya tidak berada dalam hubungan subordinat untuk menerima gaji.

“Oleh itu, tidak timbul isu dia dibuli seperti yang didakwa,” jelas wakil kementerian tersebut.

Tambahan pula, konflik yang berlaku antara Hanni dan pekerja agensi Hybe diklasifikasikan sebagai pertelingkahan peribadi dan bukan berkaitan urusan profesional.

Terdahulu, Hanni mendakwa New Jeans menerima layanan buruk daripada pihak pengurusan ketika tampil memberi kenyataan sebagai saksi di hadapan Jawatankuasa Alam Sekitar dan Buruh di Perhimpunan Kebangsaan (EUL), Seoul.

Pendedahan itu menyebabkan peminat kumpulan tersebut marah hingga ada yang memfailkan petisyen kepada kementerian agar menyiasat perkara tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok