TIADA angin tiada ribut, anggota kumpulan DAY6, Dowoon mencetuskan tanda tanya peminat apabila mengumumkan untuk berehat sementara daripada aktif dalam platform Bubble.
Tanpa menjelaskan alasan berbuat demikian, idola berusia 29 tahun itu bertegas, mahu memberi ruang buat diri sendiri
Keputusan tersebut disambut baik My Day (kelab peminat DAY6), yang memahami tekanan dunia K-pop terhadap mental dan kesihatan para idola.
Biarpun akur, mereka masih yakin platform interaksi seperti Bubble masih menjadi platform komunikasi lebih dekat dengan artis kegemaran
Menerusi platform media sosial, peminat menunjukkan sokongan padu dengan hashtag #ComeBackStrongerDowoon, yang menjadi trending dalam komuniti DAY6.
Hashtag tersebut menandakan solidariti peminat yang bersedia menunggu dengan sabar sehingga Dowoon kembali dan bersedia untuk berinteraksi dengan mereka. – HIBGLAM