DEBARAN terjawab, aktor Sobri Anuar dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.
Kemenangan Sobri menerusi drama Bahalol terbitan TV Okey tersebut sekali gus menundukkan empat lagi calon yang tersenarai dalam kategori sama iaitu Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin, Nasir Bilal Khan dan Iman Zulkarnain.
Sementara itu, trofi bagi kategori Pelakon Wanita Drama TV Terbaik ASA2024 pula menjadi milik Liza Othman juga menerusi drama Bahalol.
Terima kasih kepada Que Haidar kerana paksa saya buat kerja ini.
“Saya juga bangga dengan Sobri dan drama ini,” katanya.
Dalam kategori tersebut, Liza berjaya menewaskan Nad Zainal, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Fauziah Nawi, Nabila Huda dan Wan Maimunah.
Bagi kategori Pengarah Drama Terbaik pula dimenangi Zainorhisyam Samudin menerusi drama Lebai Sampan terbitan Astro Citra.
Drama Bahalol turut mencipta kenangan manis buat aktor Que Haidar yang membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik ASA2024.
Kemenangan tersebut menyaksikan mereka membawa pulang RM5,000 dan trofi.
ASA2024 hari ini dihoskan Nana Mahazan dan Shahrizan Borhan. – HIBGLAM