Hanni dedah NewJeans dibuli syarikat pengurusan

Berani kerana benar, anggota kumpulan NewJeans, Hanni muncul sebagai saksi di hadapan Jawatankuasa Alam Sekitar dan Buruh di Perhimpunan Kebangsaan (EUL) Seoul selepas mendakwa kumpulan itu menjadi mangsa buli.

Idola berusia 20 tahun itu hadir memberi keterangan berhubung kenyataannya sebelum ini tentang kumpulan itu dibuli dan diabaikan oleh syarikat pengurusan mereka iaitu Hybe.

Bukan sekadar omong kosong, gadis jelita itu menegaskan dirinya mempunyai bukti pekerja di agensi berkenaan membuli mereka.

“Baru-baru ini saya mendengar pekerja Hybe mengutuk kami malah pasukan perhubungan awam syarikat tersebut merendah-rendahkan kejayaan kami di Jepun.

Saya yakin Hybe membenci kami dan saya tak faham kenapa kami perlu melalui situasi itu.

“Saya fikir mereka ingin jatuhkan kami memandangkan karier kami meningkat bukan hasil rancangan asal syarikat,” katanya sambil mengalirkan air mata. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok