Duda hot? Saya ambil sebagai pujian – Hisyam Hamid

SAYA ambil sebagai pujian.”

Demikian kata pelakon Hisyam Hamid apabila dilabel sebagai duda ‘hot’ dan melihatnya sebagai perkara yang boleh memberi kesan baik kepada dirinya.

Dalam masa sama, Hisyam, 38, bersyukur melalui fasa bangun setelah terjatuh yang dipercayai merujuk kepada kegagalan rumah tangganya.

Alhamdulillah, sekarang saya gembira dengan progress diri. Ini proses saya untuk bangun selepas jatuh,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Selain itu, pelakon drama Bunga Salju itu lebih selesa hidup membujang kerana mahu fokus membahagiakan anak dan ibunya.

Buat masa ini saya selesa dengan hidup begini (duda). Berkawan macam biasa dengan semua orang.

“Saya hanya mahu berikan tumpuan kepada anak-anak dan ibu saya,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada dia terganggu apabila dilabel sebagai duda hot, Hisyam berkata dia sudah masak dengan rentak permainan industri seni.

“Saya okey sahaja, pada akhirnya kita adalah ‘public figure’, benda macam ini mesti akan terjadi.

Berkahwin atau bujang akan ada gosip tersendiri dan boleh jangka perkara begini akan jadi.

“Apa yang paling penting, saya tahu jaga diri dan kerja saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Hisyam menjadi perhatian ramai selepas mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel.

Menerusi perkongsian hidup selama 18 tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok