403
PENYANYI Kwon Eun-bi menuai perhatian orang ramai apabila tampil mendedahkan diet melampau yang pernah dilaluinya dahulu ketika menjadi idola pelatih .
Jelas Eun Bi, dia terpaksa menurunkan berat badan untuk memenuhi piawaian kecantikan industri selain meningkatkan peluangnya untuk debut lebih awal,
Demi tuntutan diet melampau tersebut, dia hanya makan hirisan epal untuk sarapan pagi, seterusnya satu hirisan epal dimakan pada setiap jam berikutnya.
Tambahnya, dia mengalas perut dengan hanya tiga biji buah epal selama tiga hari.
“Saya kebulur kerana hanya makan buah epal, tetapi masa itu kena kuat mental dan fizikal demi mahu gapai cita-cita untuk menjadi idola yang sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,” jelasnya.