KALAU tertendang Siti Nurhaliza, pasti satu Malaysia serang aku.”
Demikian kerisauan pelakon Fadlan Hazim apabila diberi peluang bertempur dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam video muzik lagu Magis.
Fadlan atau nama penuhnya Fadlan Hazim Anuwar, 32, mengakui kagum dengan ketangkasan dan gerakan Siti kerana persis pelakon aksi profesional.
Pengalaman berharga dapat berlawan dengan Siti Nurhaliza dalam video muzik Magis.
“Apa pun pergerakan Siti Nurhaliza memang hebat,” katanya dalam sebuah video TikTok.
Dalam pada itu, Fadlan memaklumkan dia pernah menjadi penari Siti Nurhaliza sebelum ini.
Fakta ringkas, saya pernah menjadi penari latar Siti dahulu,” kongsinya.
Sementara itu, ruangan komen hantaran itu dibanjiri pujian netizen yang kagum melihat pertarungan Fadlan dan Siti.
Lebih menarik, ada yang berseloroh mengingatkan Fadlan agar tidak mencederakan penyanyi kesahangan ramai itu.
Jangan pukul Siti Nurhaliza kami betul-betul ya.
“Kalau tertendang kesayangan kami itu, kau memang cari nahas bang,” gurau netizen.
Semalam, Siti mencuri tumpuan khalayak apabila mempamerkan kemampuan melakukan aksi pertarungan persis seorang srikandi di medan perang.
HIBGLAM